Akar Kayu Mandian



Satu komponen penting dalam amalan pantang-larang bagi ibu baru ialah mandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah.
FAKTA MANDIAN
·        Mandian ibu bersalin perlu ditekankan sebagai suatu syarat rawatan penting dalam pantang.
·        Mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.
·        Sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun  
sekurang- kurangnya selama dua minggu.
·        Kebanyakan ibu bersalin mengalami;
Ø      Perasaan gementar
Ø      Gelisah
Ø      Rimas
Ø      Risau
Ø      Lemah semangat
Ø      Lebih serius tekanan jiwa..
·        Jika dibiarkan tanpa rawatan pulih semangat, mereka akan dihinggapi;
Ø      Penyakit tekanan jiwa (merian atau meroyan)
Ø      Tekanan darah tinggi atau rendah
Ø      Susah tidur (insomnia)
Ø      Mudah mengalami mimpi ngeri
Ø      Murung
Ø      Sakit kepala
Ø      Suka bersendirian
Ø      Dingin
Ø      Mudah terperanjat sehingga melatah serta pelupa.

FAEDAH
·        Membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan
·        Mengembalikan kecergasan badan
·        Mencantumkan urat putus
·        Membuang angin
·        Menyegarkan urat
·        Memulihkan tenaga
·        Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu
·        Mengatasi masalah kebas
·        Masaalah sengal tulang.
·        Mengendurkan otot
·        Menghaluskan kulit
·        Tujuan awet muda.
  
RAMUAN HERBA MANDIAN
·        Berikut ialah contoh ramuan akar kayu mandian :-
Ø      Halia
Ø      Lengkuas
Ø      Bunga kantan
Ø      Bebuas
Ø      Daun kunyit terus
Ø      Daun lenggundi ( Vitex negundo )
Ø      Daun secerek
Ø      Daun serai wangi
Ø      Daun capa
Ø      Daun inai ( Lawsonia terma )
Ø      Daun bonglai
Ø      Daun mengkudu ( Morinda citrifolia )
·        Boleh di tambah bahan berikut bersama akar kayu mandian:-
Ø      Halia Tua
Ø      Daun Limau Purut
Ø      Daun Serai Wangi
Ø      Daun Pandan Wangi atau Pandan Biasa
Ø      Biji Halba
Ø      Kayu Manis

CARA MENYEDIAKAN
·    Mandian air rebusan rempah ratus ini perlu disediakan tidak terlalu sejuk
·    Kepanasan air mandian berkenaan bergantung kepada ketahanan individu.
Ø      Ambil periuk tanah ukuran sederhana.
Ø      Sediakan bahan-bahan di atas.
Ø      Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.
Ø      Setelah air panas,ambil air rebusan dan campur dengan air biasa,sehangat suam kuku sahaja.

CARA MANDI
·        Penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air
·        Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu
·        Diikuti kaki kanan hingga ke pinggang.
·        Ulang pada kaki kiri.
·        Ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan.
·        Proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri
·        Seterusnya mandi keseluruhan badan secara perlahan-lahan agar air rebusan herba meresapi liang roma. 
·        Lakukan cucian atau cebokan di bahagian alat sulit.
·        Daun-daun rebusan digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit bagi membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan.

PENJAGAAN RAMBUT DAN KULIT KEPALA
·        Ibu-ibu bersalin dilarang membasuh rambut guna air panas /air rebusan mandian yang panas. 
·        Ini akan menyebabkan keguguran rambut atau sakit kepala.
·        Basuh rambut dengan air biasa, iaitu air perigi atau air paip.

HARGA SEBUNGKUS  : RM 10.00

No comments:

Post a Comment